Monday, 14 November 2016

Selamat Datang....

Assalamualaikum, selamat datang para pengunjung ke Blog ini. Dapatkan tips penjagaan kesihatan secara fizikal, mental, rohani serta pemakanan yang berkhasiat dan sihat di sini.


Selain daripada itu, untuk kekal sihat dan cergas sentiasa kita perlu melibatkan aktiviti yang memberi sumber khasiat dan tenaga melalui pemakanan seimbang, aktiviti fizikal seperti berjalan, jogging, berlari, bersukan, urutan, urut refleksologi dan seumpamanya serta aktiviti beribadah seperti Solat, Puasa, Doa, Haji dan Umrah.

Walaupun umur kita dari sehari kesehari semakin meningkat dan melalui pelbagai proses pembesaran dari masa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan seterusnya sampai penghujung usia. Mungkin ada antara kita belum sempat sampai ke proses terakhir tetapi Allah telah menjemput dan ada juga hingga usia tua baru dijemput.

Namun dari segi penjagaan kesihatan kita hendaklah sentiasa menjaga makan minum, senaman dan menjauhi benda-benda terlarang untuk memastikan sentiasa kuat, cergas dan mampu bekerja dan beribadah dengan sempurna.

Bagi yang mempunyai gejala-gejala penyakit maupun yang disahkan mengidap sesuatu penyakit masih belum terlambat, teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi kecergasan agar penyakit kita terkawal dan tidak mustahil akan baik kembali jika dizinkan Allah. 

Sebagai hamba Allah kita perlu berusaha dan sentiasa berdoa tanpa putus asa dan berikhtiar, Insya Allah ada caranya. Di dalam setiap solat fardu kita sentiasa berdoa agar diberi keampunan, kerahmatan, Tutup Aib, ketinggiaan darjat, rezeki, petunjuk, kesihatan dan kemaafan.


Image result for bacaan duduk diantara dua sujud

Tips yang dinyatakan dari pelbagai sumber hasil pengalaman, pembacaan, kajian, pemerhatian, perbincangan maupun pendapat peribadi saya untuk sama-sama kita memperolehi faedah, manfaat dan kebaikan bersama.

Komen anda amat dialu-alukan untuk penambahbaikan kandungan, tips dan produk dari masa ke semasa.😊

Jom Sihat
Encik Wan 
019-6122150

No comments:

Post a Comment